Kemudahan Awam
Terdapat beberapa tempat menarik yang terdapat berhampiran dengan Kampung Sungai Nibong. Antaranya ialah kolam air panas Gersik dan Taman Botani Johor. Kolam air panas Gersik teletak 17km dari Kampung Sungai Nibong sering menjadi tumpuan. Pengunjung datang ke kolam air panas Gersik bagi menikmati terapi air panas semula jadi yang terdapat di Parit Jawa Semerah.
Taman Botani Johor yang terdapat di Sri Medan, kira-kira 30km dari Sungai Nibong menjanjikan panorama dan aktiviti menarik kepada semua pengunjung. Pengunjung boleh melakukan aktiviti flying fox dan berbasikal di sini. Taman Botani Johor sering menjadi lokasi kegermaran bagi sesi fotografi luar.
Kedai makan yang menjadi tumpuan utama penduduk setempat dan jugak orang luar yang datang ke Kampung Sungai Nibong ialah Hentian Mahkota. Kawasan perniagaan makanan ini menyediakan segala jenis makanan terutamanya makanan laut. Lokasi Hentian Mahkota di Kampung Parit Simin sangat menarik dan menjanjikan panorama pantai memukau serta makanan yang enak-enak. Hentian Mahkota telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika penggembaraan motosikal berkuasa tinggi beliau ke Kampung Sungai Nibong.
Selain itu, Nasi Briyani benteng yang terdapat di Simpang Lima berdepan dengan Hospital Putra Specialist Batu Pahat sangat menarik untuk dikunjungi. Pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis lauk briyani seperti daging ayam, kambing dan lembu pada harga yang sangat berpatutan.
Homestay yang sering menjadi tumpuan pengunjung Kampung Sungai Nibong ialah Pusat Motivasi Markisa. Homestay ini menjadi lokasi pilihan bagi menjalankan aktiviti motivasi pelajar sekolah dan pekerja swasta. Homestay ini menyediakan kemudahna yang lengkap dan selesa serta nuansa kampung yang menenangkan jiwa. Selain itu, terdapat juga Homestay Sarang Buaya yang begitu unik. Homestay ini dibina di tengah kawasan sawah padi yang mana sangat jarang dilihat di negeri Johor.