Train the Trainer (TTT) : Open Broadcaster Software (OBS) via Google Meet
20 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 19 Februari 2022, iaitu pada Sabtu yang lalu, sekali lagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sg Nibong telah mengikuti satu program latihan atas talian iaitu Train the Trainer (TTT): Open Broadcaster Software or OBS via Google Meet. Kursus ini melibatkan semua kakitangan PEDi di seluruh Malaysia di bawah NERA dan semua Service Provider dibawah seliaannya. Kursus ini akan dijalankan secara dalam talian atau Video Conference menggunakan aplikasi Google Meet.
Program latihan ini telah memberi pendedahan kepada staff Pusat Ekonomi Digital tentang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu Open Broadcaster Software (OBS). OBS Studio adalah program streaming dan rakaman video popular yang menawarkan pelbagai ciri yang tidak terdapat dalam aplikasi lain. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: