Perisian Filmora 9 : Teknik Asas Suntingan 1.0
13 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 12 Mac 2022, iaitu pada Sabtu yang lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sg Nibong telah membuat satu kelas tutorial mengenai teknik asas suntingan sesi pertama dengan menggunakan Perisian Filmora 9. Kelas ini berlangsung secara atas talian menggunakan aplikasi streamyard.
Kelas ini untuk memberi kemahiran teknik asas dari segi peralihan dan menambah video, gambar dan perkataan bagi sebuah video dengan menggunakan perisian ini. Perisian Filmora 9 juga boleh digunakan bagi perbentangan atau “presentation”. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: