Program Imunisasi COVID-19 : Apa itu vaksin ?
7 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 6 Jun 2021, iaitu pada Ahad yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu perkongsian atas talian iaitu pengenalan tentang vaksin seiring dengan program vaksinasi seluruh negara. Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom. Dengan penularan virus covid19 yang semakin meningkat, program vaksinasi kini telah dijalankan di seluruh negara. Maka, perkongsian ini telah menerangkan apa itu vaksin, mengapa perlu divaksin dan persediaan menghadiri program vaksinasi bagi membendung penularan maklumat yang tidak betul tentang vaksin. Mari kita sama-sama mendaftar dalam vaksinasi. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: