Klik Dengan Bijak : Kawal Selia Kendiri
23 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 22 Ogos 2021, iaitu pada Ahad yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu program atas talian iaitu Klik dengan Bijak: Kawal Selia Kendiri. Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom. Kawal selia kendiri memainkan peranan penting dalam penggunaan siber agar dapat menjaga kesejahteraan dari segi emosi, tingkah laku dan memperkasakan jati diri. Pastikan emosi dan fizikal stabil dan elakkan diri daripada membuat tindakbalas yang terburu-buru. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: