Microsoft PowerPoint: Tutorial Video Hari Kebangsaan
27 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 26 Ogos 2021, iaitu pada Khamis yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu video tutorial membuat video merdeka bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021) dengan menggunakan Microsoft PowerPoint. Video tutorial boleh di dapati di platform halaman Facebook PIK Sg Nibong. Video ini adalah untuk memberi kemahiran dengan menambahkan animasi dan pergerakan pada gambar untuk menghasilkan video. Dengan Microsoft PowerPoint, kita dapat menambah animasi pada gambar dan teks dengan lebih kreatif dan mudah. Video ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: