Aplikasi Instagram : Mini Poster Digital “Malaysia Prihatin”
15 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 14 Ogos 2021, iaitu pada Sabtu yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu video tutorial panduan mini poster digital untuk muatnaik di Instagram (IG Story) di aplikasi Instagram. Video tutorial boleh di dapati di platform halaman Facebook PIK Sg Nibong. Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021), PIK Sg Nibong telah membuat satu pertandingan poster digital bertemakan “Malaysia Prihatin”. Video tutorial ini menunjukkan cara-cara untuk muatnaik gambar dan perkataan dengan mudah melalui aplikasi Instagram. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: