Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 05/2021
23 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada hari Khamis, 22 April 2021 telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 05/2021 secara atas talian melalui aplikasi zoom. Moderator bagi program ini adalah Ts Md Tahir Musa, manakala panel bicara ini disampaikan oleh Penolong Eksekutif Pejabat MCMC Negeri Pahang iaitu En. Mohd Ismma Maznun. Program ini berlangsung selama 1 jam 15 minit, bermula pada pukul 11.30 pagi sehingga pukul 12.45 tengah hari.
Tajuk program yang disampaikan adalah “Kawal Selia Kendiri Dalam Talian”. Dengan cara penyampaian yang jelas dan bagus oleh panel, ia telah memberi kefahaman kepada para peserta yang hadir untuk mendengar perkongsian KDB ini. Di awal permulaan telah diterangkan apa itu MCMC dan makna kawalan kendiri. Kawalan kendiri ialah satu kemampuan untuk mengawal diri daripada melakukan sebarang perkara demi sesuatu kebaikan atau peraturan yang harus ditetapkan atau diterapkan dalam diri sendiri. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa mengawal selia internet terhadap perkara yang perlu dikongsi kepada umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: