PDF : Edit Tanpa Menukar Format Lain
5 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 4 Disember 2021, iaitu pada Sabtu yang lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sg Nibong telah membuat satu perkongsian atas talian iaitu cara mengedit dalam menaip dan tandatangan bagi fail PDF tanpa menukarkan kepada format lain. Video tutorial boleh di dapati di platform halaman Facebook PEDi Sg Nibong.
Kebiasaannya, kita akan menukar fail PDF kepada format lain untuk mengedit bagi dokumen-dokumen yang perlu dihantar secara dalam talian. Perkongsian kali ini memberikan teknik yang mudah mengedit tanpa perlu menukar format lain. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: