Kelas Kreatif : Mencipta Logo Semudah 1,2,3 (Renderforest.Com)
27 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 26 Julai 2021, iaitu pada Isnin yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu kelas atas talian iaitu Kelas Kreatif : Mencipta Logo Semudah 1,2,3 (Renderforest.Com). Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom.
Dengan kemajuan teknologi yang kini semakin pesat, pelbagai perisian yang boleh menciptakan logo, video dan laman web. Pembelajaran kali ini adalah mencipta logo dengan menggunakan perisian Renderforest.com. Perisian ini menyediakan pelbagai jenis kemudahan bagi pengguna untuk memulakan perniagaan dengan pilihan rekaan yang disediakan. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: