Kelas Kreatif : Tutorial Bouncing Ball
17 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 16 Julai 2021, iaitu pada Jumaat yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu kelas atas talian iaitu Kelas Kreatif : Tutorial Bouncing Ball. Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom.
Dengan menggunakan Toon Boom Studio sebagai perisian animasi 2D, pembelajaran kali ini diteruskan dengan menambah pergerakan kepada satu objek. Tutorial ini menerangkan cara-cara untuk menghasilkan animasi kepada bola tanpa menggunakan Table Pen. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: