Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 09/2021
11 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada hari Khamis, 10 Jun 2021 telah berlangsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 09/2021 secara atas talian melalui aplikasi zoom. Moderator bagi program ini adalah Ts Md Tahir Musa, manakala panel bicara ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Negeri Pulau Pinang iaitu En. Yuzani Mohamad Yusoff. Program ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Tajuk program yang disampaikan adalah “Mengenali Jenis Penipuan Kewangan Dalam Talian”. Dengan cara penyampaian yang jelas dan bagus oleh panel, ia telah memberi kefahaman kepada para peserta yang mendengar perkongsian KDB ini. Penipuan kewangan di dalam talian seringkali banyak terjadi dan langkah-langkah untuk mencegahnya adalah dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa. PIK juga ada membuat kuiz untuk menambah lagi pemahaman dan kepekaan pengguna terhadap Bicara KDB. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berjaga-jaga dengan penipuan dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: