Klik Dengan Bijak : Penipuan Kewangan dalam talian
12 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 11 Jun 2021, iaitu pada Jumaat yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu program atas talian iaitu Klik dengan Bijak: Penipuan Kewangan Dalam Talian. Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom.
Penipuan kewangan adalah aktiviti di mana peralatan komputer atau rangkaian sebagai medium untuk melakukan jenayah yang meliatkan kerugian wang. Bagi mencegah penipuan kewangan dalam talian ini, pengguna jangan membuka pautan kandungan emel yang mencurigakan dan sebagainya. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: