Klik Dengan Bijak : Siber Buli
8 November 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 7 November 2021, iaitu pada Ahad yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu program atas talian iaitu Klik Dengan Bijak : Siber Buli. Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom.
Pembuli siber ini terdiri daripada pelbagai cara seperti memulakan mesej yang berunsur ugutan dan memberi tekanan kepada pengguna siber. Untuk mencegahnya, kita perlu laporkan kepada pihak yang berkuasa dan menggunakan ciri keselamatan di media sosial untuk menyekat akses pembuli siber. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: