Program Bersama Kluster Batu Pahat ke Biostar Resources
12 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 11 Julai 2020 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet (PI) Sg Nibong telah dipelawa oleh pemilik Biostar Resources iaitu En. Shamsul Bahri Ahmad untuk melihat cara memprosesan kuih tradisional Halwa Maskat. Pemanis mulut ini boleh dikatakan seperti Turkish Delight versi Malaysia.Proses pembuatannya memakan masa yang lama untuk menghasilkannya kerana campurannya perlu disimpan semalaman sebelum dikacau dengan api yang rendah selama 5 jam.
Program ini merupakan sebuah program lawatan hasil kerjasama 4 Pusat Internet, iaitu Pusat Internet Sg Nibong, Pusat Internet Taman Nira, Pusat Internet Rengit Indah dan Pusat Internet Ayer Hitam. Banyak input berguna yang kami terima dari En. Shamsul, sepanjang program berlangsung. Semoga program sebegini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: