dikendalikan oleh TM
MCMC
Sg Nibong, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Program Kesedaran Bersama Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

11 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pasir Gudang, Johor – Pada 10 Februari 2020 yang lalu, berlangsungnya Program Kesedaran Bersama Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia.
Taklimat Ketua Pengarah, Encik Mazmalek Mohamad di Pusat Internet Gelang Patah, Johor. Taklimat ini merupakan salah satu inisiatif berterusan JPDP demi memperkasakan komuniti digital. Program Kesedaran melalui Pusat Internet (PID & PIM) yang merupakan satu platform terbaik bagi memberi kesedaran tentang perlindungan data peribadi kepada orang awam.

Projek perintis ini mempamerkan lagi usaha Jabatan dan ia menjadi platform terbaik melalui kerja sama antara Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dan Syarikat Telekomunikasi dalam menyampaikan dasar Kerajaan kepada rakyat menggunakan Pusat Internet (PID & PIM) khususnya mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Ini adalah kerana (PID & PIM) merupakan barisan hadapan yang paling dekat dengan masyarakat tempatan di kawasan luar bandar serta telah membawa impak sosio ekonomi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.