dikendalikan oleh TM
MCMC
Sg Nibong, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka Mini PI Sungai Nibong

20 April 2019 | Aktiviti Terkini

Batu Pahat, Johor – Pada 19hb April 2019, telah berlangsung dengan jayanya Hari Terbuka Mini PI Sungai Nibong. Program bermula dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung adalah program gotong royong sayangi pusat internet, tayangan video keselamatan internet, jualan amal barangan pre-loved serta perkongsian tentang gejala online grooming.

Program mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti setempat, khususnya golongan remaja, wanita dan suri rumah. Seramai lebih kurang 50 orang telah menghadiri program ini. Program ini juga dilihat sebagai medium menyampaikan mesej-mesej penting berkaitan kempen keselamat internet dan juga gejala yang melibatkan penggunaan alatan telekomunikasi terutamanya telefon pintar kepada komuniti setempat. Semoga dengan penganjuran program ini, para pengunjung memperoleh ilmu dan pengalaman baru yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.