dikendalikan oleh TM
MCMC
Sg Nibong, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SK Peserai

10 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Batu Pahat, Johor – Pada 9 Julai 2019 (Selasa) yang lalu, Pusat Internet (PI) Sg Nibong telah menjalankan program Advokasi KDB bersama murid SK Peserai. Program ini turut disertai oleh wakil-wakil kluster daerah Batu Pahat. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Seramai 117 peserta telah terlibat dibawah program ini. Kami dari Pusat Internet Sg Nibong Semerah berbesar hati dengan kehadiran peserta bagi menjayakan program seumpama ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.