Program Hari Raya bersama Kluster Batu Pahat
26 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 25 Jun 2019 (Selasa) yang lalu, wakil Pusat Internet (PI) Sg Nibong telah terlibat dalam program Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sg Nibong yang bertempat di dewan Kampung Sg Nibong. Program ini turut disertai oleh seluruh masyarakat setempat khusunya dikawasan Semerah, Batu Pahat.. Program ini turut dihadiri oleh tetamu khas iaitu Penghulu kawasan iaitu En Wahab Bin Abd Rahim dan juga ketua kampung iaitu En. Yunos Bin Juni.
Program ini turut meraikan warga penduduk kampung setempat yang ingin bersama-sama menyambut hari raya dan merasai kemeriahan aidilfitri bersama-sama. Program dimulakan dengan selawat ke atas nabi dan disusuli oleh beberapa aktiviti seperti pertandingan dan juga peraduan. Kemudian majlis diserikan lagi dengan ucapan tetamu terhormat iaitu Penghulu kawasan dan Ketua Kampung. Majlis disudahi dengan jamuan makan dan juga persembahan nyanyian oleh penduduk setempat. Kami dari Pusat Internet Sg Nibong Semerah berbesar hati dengan penglibatan semua kluster bagi menjayakan program seumpama ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: