dikendalikan oleh TM
MCMC
Sg Nibong, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Hari Raya bersama Kluster Batu Pahat

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Batu Pahat, Johor – Pada 22 Jun 2019 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet (PI) Sg Nibong telah terlibat dalam menjalankan program Hari Raya yang bertempat di Pusat Internet Ayer Hitam. Program ini turut disertai oleh wakil-wakil kluster daerah Batu Pahat. Program ini turut meraikan warga penduduk kampung setempat yang ingin bersama-sama menyambut hari raya.

Program dimulakan dengan marhaban oleh masyarakat setempat dan kemudiaannya disambung kepada jamuan makan. Pada hujung program turut diadakan mesyuarat bersama para kluster bagi membincangkan program-program yang bakal berlangsung sepanjang tahun 2019 ini. Kami dari Pusat Internet Sg Nibong Semerah berbesar hati dengan penglibatan semua kluster bagi menjayakan program seumpama ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.