Forum Bicara Perdana Bersempena Jelajah Sebenarnya.My
01 March 2018 | Aktiviti TerkiniPada 28hb Februari 2018 telah berlangsung Forum Bicara Perdana di Dataran Pekan Seri Medan, Batu Pahat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersempena siri jelajah Sebenarnya.my untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang penyebaran dan penularan berita palsu. Dianggarkan pengunjung yang hadir di forum perdana ini melebihi dua ribu orang.
Panel yang telah dijemput untuk mengulas isu ini ialah Imam Muda Muhammad Asyraf, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Tajdid Hadhari Ramli sebagai moderator majlis. Forum tersebut membicarakan tajuk Berita Palsu Musuh Negara. Melalui program ini, masyarakat diperingatkan untuk meneliti kesahahihan sesuatu berita sebelum mempercayai dan dikongsikan kepada orang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: