Hari Terbuka Mini PI Sungai Nibong
24 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23hb Mac 2018 telah berlangsung dengan jayanya Hari Terbuka Mini PI Sungai Nibong. Program bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung adalah pertandingan menaip pantas, puzzle atas talian, tayangan video keselamat internet, bacaan tahlil dan doa selamat serta perkongsian tentang gejala online grooming.
Program mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti setempat, khususnya golongan remaja, wanita dan suri rumah. Seramai lebih kurang 80 orang telah menghadiri program ini. Program ini juga dilihat sebagai medium menyampaikan mesej-mesej penting berkaitan kempen keselamat internet dan juga gejala yang melibatkan penggunaan alatan telekomunikasi terutamanya telefon pintar kepada komuniti setempat. Semoga dengan penganjuran program ini, para pengunjung memperoleh ilmu dan pengalaman baru yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: