Kelas Asas Lukisan Digital
16 September 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Lukisan Digital ini untuk memberi pengetahuan tentang manfaat kelas ini. Di sini pelajar akan di ajar asas lukisan digital secara percuma. Kanak-kanak boleh mengisi masa lapang mereka dengan masuk ke kelas ini daripada mereka membuat perkara tidak berfaedah. Kelas telah berlangsung pada 15hb September 2018 dari jam 10.00 hingga 12 tengahari di PI Sg. Nibong. Seramai 7 orang telah menyertai kelas ini.
Para pelajar diberikan latihan asas untuk membuat lukisan digital ini untuk memberi pengalaman yang menarik untuk mereka. Pelajar akan mempraktikkan ilmu ini di rumah kerana sangat mudah untuk membuatnya. Mereka di tunjuk ajar oleh tenaga pengajar PI Sg. Nibong sendiri. Kelas adalah percuma untuk semua yang ingin belajar ICT. Oleh itu, pelajar membuat rekaan mereka sendiri.
Semoga ilmu yang diperoleh pada hari ini dapat diaplikasikan dalam aktiviti seharian oleh para pelajar. Boleh dipraktikkan dirumah.Belajar kelas asas lukisan digital ini memberi mereka pengalaman yang menarik masa cuti mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: