Rekreasi Dan Pelancongan
LEGOLAND®
LEGOLAND® Malaysia Resort membawa bersama Taman Air dan Hotel di lokasi bertemakan satu LEGO®. Ia adalah destinasi percutian keluarga yang mempunyai lebih daripada 70 hands-on tunggangan, slaid, persembahan dan tarikan. Hampir semua adalah hands-on, jadi anda boleh menolak, pedal dan program, atau mengemudi dan percikan, cara anda melalui satu pengalaman yang benar-benar menyeronokkan.

LEGOLAND® Malaysia Resort mempunyai tujuh kawasan bertema tarikan untuk semua peringkat umur seperti The Beginning, LEGO Technic, LEGO Kingdoms, Imagination, LEGO City, Land of Adventure dan Miniland. Ia merupakan satu tanah inspirasi di mana anak-anak adalah wira. Dari pusat eksperimen LEGO untuk rollercoasters, taman ini pelayaran hari panjang penemuan untuk seisi keluarga. Tengah adalah Miniland, di mana mercu tanda Asia telah dicipta semula menggunakan lebih 30 juta LEGO. Ia adalah dunia yang interaktif pada skala 1:20, di mana orang, kereta api dan kapal terbang datang untuk hidup pada sentuhan butang.
Restoran Saujana Gelang Patah

Tarikan bagi pelancong yang datang kesini adalah makanan laut yang segar ditawarkan. Harga yang berpatutan serta persekitaran laut disajikan kepada pengunjung yang datang. Restoran Saujana Gelang Patah adalah restoran yang mendapat perhatian daripada pengunjung luar bandar malah warga singapura juga. Hidangan yang segar dan pastinya tidak akan mengecewakan pelanggan yang datang ke restoran serta servis yang pantas memebuatkan pengunjung berasa selesa dengan perkhidmatan servis yang diberikan. Restoran ini juga dibuka dari pukul 11.30am – 10.00pm dan cuti pada hari Jumaat. Restoran ini juga menyediakan kemudahan pembayaran menggunakan Credit Card atau Debit Card, jadi pengunjung tidak perlu risau jika tidak membawa wang lebih jika datang ke restoran ini.
Kak Mah Homestay

Untuk penginapan yang selesa dan berdekatan dengan kemudahan mahupun keperluan asas, Kak Mah Homestay menawarkan penginapan kepada pengunjung dengan harga yang sangat berpatutan, hanya RM150 untuk sehari penginapan dimana dengan kemudahan 3 bilik tidur 2 bilik air. Pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman seperti tinggal di Gelang Patah. Untuk tempahan boleh hubungi di nombor 013-7084908 atau 013-7147647.
Taman Rekreasi Tasik Y

Ringkas sekali nama yang diberikan, Taman Rekreasi Tasik Y. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa satu huruf sahaja namanya? Menurut kata orang sekitar sini, taman ini sebenarnya berbentuk “Y” jika dilihat dari sudut pandangan burung yang berterbangan di awan. Dahulunya ia merupakan tapak perlombongan, taman ini kini merupakan sebuah taman rekreasi yang dilawati ramai orang untuk beriadah di waktu petang dan di hujung minggu. Cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti laluan refleksologi, taman permainan, peralatan senaman dan pondok rehat. Cukup sesuai bagi mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga dan melepaskan tekanan setelah seharian kerja.
Dataran Penggaram Batu Pahat

Tugu yang menjadi lambang Batu Pahat ini berdiri dengan megahnya di Dataran Penggaram. Tugu ini memiliki rekaan yang cukup unik untuk menggambarkan nama ‘Batu Pahat’ itu sendiri dengan tangan yang tergantung sambil memegang pahat. Untuk pengetahuan, nama Batu Pahat dipilih untuk dijadikan nama daerah oleh kerana peristiwa bersejarah yang dikatakan berlaku pada sekitar tahun 1456, waktu di mana tentera Siam telah datang menyerang kampung Minyak Beku yang merupakan lokasi batu yang dipahat untuk mendapatkan bekalan air bersih.
Hutan Lipur Bukit Soga Perdana

Hanyalah 3 km dari Bandar Batu Pahat, Hutan Lipur Bukit Soga Perdana adalah hutan simpan yang memiliki taman rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti trek jogging, tandas dan pondok rehat. Di dalam hutan simpan yang berketinggian 600 kaki ini juga terdapat sebuah menara pemerhatian yang terletak sekitar 785 meter dari titik awal perjalanan. Pemandangan dari menara ini sungguh indah, dapat dilihat di sini adalah keindahan flora menghijau dari hutan dan juga bandar Baru Pahat.
Galeri Dato’ Onn

Bangunan Galeri Dato’ Onn Batu Pahat yang telah dibina pada tahun 1938 ini terletak di dalam sebuah kawasan padang golf. Sebelum dijadikan galeri, bangunan yang berkeluasan 4487.50 kaki persegi ini merupakan rumah kerajaan yang didiami oleh Dato’ Onn dari tahun 1945 hingga 1947 sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat. Pemimpin yang berjiwa rakyat ini pernah memegang banyak lagi jawatan lain di dalam kerajaan yang termasuklah Menteri Besar Johor yang ke-7.
Ingin mengikuti kisah hidup pemimpin yang banyak menyumbang kepada kemerdekaan negara ini? Jadikanlah Galeri Dato’ Onn Batu Pahat sebagai salah satu destinasi lawatan anda sekeluarga di Batu Pahat nanti.Terdapat banyak foto berkaitan Almarhum yang menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di dalam hidupnya. Di samping itu, galeri ini turut mempamerkan banyak barangan lain yang wujud pada zaman Dato’ Onn seperti basikal tua, senjata, tembikar, barangan perhiasan dan lain-lain lagi.