Maklumat Komuniti
Kampung Sungai Nibong memperoleh nama dari pokok nibong yang banyak terdapat di kawasan kampung ketika mula diteroka. Selain terdapat beberapa sungai yang menjadi jalan pengangkutan ketika itu, kampung ini telah dinamakan sebagai Sungai Nibong bersempena dengan populasi pokok nibong yang merata di kawasan ini serta terdapatnya beberapa sungai yang menjadi laluan pengangkutan pada ketika itu.
Kampung Sungai Nibong ialah sebuah kampung berskala sederhana luas terletak di Semerah , Batu Pahat. Kampung ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Sungai Nibong Darat, Sungai Nibong Tengah dan Sungai Nibong Laut. Uniknya tentang kampung ini ialah Sungai Nibong Darat termasuk dalam kawasan pekan Parit Sulong manakala Sungai Nibong Tengah dan Laut berada di dalam kawasan pekan Semerah.
Kampung Sungai Nibong mempunyai kapasiti penduduk seramai 2260 orang yang menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi. Kebanyakan penduduk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman kelapa sawit, getah, kelapa dan nanas. Tidak kurangnya dengan aktiviti industri kecil dan sederhana (IKS) seperti pengkomersialan mas cotek, kek kukus, tempe, bahulu dan mee siput. Terdapat jugak penduduk kampung yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan seperti guru dan juruteknik selain pekerja swasta.