Program Klik Dengan Bijak Di SMK Penghulu Saat
15 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 14 Februari 2023, iaitu pada Selasa yang lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sg Nibong telah membuat satu program Klik dengan Bijak di SMK Penghulu Saat. Program ini dijalankan bersama para pelajar tingkatan satu dan guru-guru. Kami telah berkongsi maklumat dan memberikan informasi terkini tentang penggunaan internet dengan betul. Kami telah membentangkan topik buli siber, maklumat palsu, terlebih kongsi (oversharing) dan pengantunan dalam talian (cyber grooming). Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: