Klik Dengan Bijak : Cyber Grooming
28 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 27 Januari 2023, iaitu pada Jumaat yang lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sg Nibong telah membuat satu program atas talian iaitu Klik dengan Bijak: Cyber Grooming. Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom.
Cyber Grooming adalah pembentukan/didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya seseorang kanak-kanak itu mendengar kata-kata/suruhan pemangsa. Ia dilakukan untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan, jenayah dan lain-lain. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: