canva.com : Tutorial Membuat Video Mesej Hari Jadi
16 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 15 Mei 2022, iaitu pada Ahad yang lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sg Nibong telah membuat satu program dalam talian iaitu canva.com : Tutorial Membuat Video Mesej Hari Jadi. Program ini dijalankan dengan menggunakan aplikasi canva dalam telefon pintar dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom.
Canva ialah laman web yang menyediakan rekaan bentuk grafik secara dalam talian yang percuma untuk digunakan. Ia digunakan untuk membuat siaran bagi media sosial, pembentangan, poster, video, logo dan sebagainya. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: