Program Keusahawanan Digital Anjuran Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) Dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
12 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 9, 10 dan 11 Mac 2021, iaitu pada hari selasa yang lalu, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melaksanakan kerjasama dalam mengadakan Program Keusahawanan Digital bersama Pusat Internet Sungai Nibong. Program ini telah berlangsung selama tiga hari dengan penglibatan pelajar dari Giat Mara Muar.
Program ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kompetensi para peserta dalam menjana pendapatan tambahan secara digital daripada penyediaan perkhidmatan Online. Ia memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengenalan Program eUsahawan asas-asas perniagaan. Antaranya, penerangan objektif dan matlamat eUsahawan, pembelajaran edit gambar menggunakan canva dan pengenalan modul Shopee Program ini bertujuan bagi mendukung misi kerajaan ke arah menggerak ekonomi digital. Kelas ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: