Klik Dengan Bijak : Keselamatan Komputer
11 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 10 Oktober 2021, iaitu pada Ahad yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu program atas talian iaitu Klik dengan Bijak: Keselamatan Komputer. Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom. Terdapat pelbagai cara untuk membuat kata laluan yang kukuh dan selamat bagi keselamatan komputer antaranya menggunakan sekurang-kurangnya 8 karakter dan menggunakan gabungan huruf (besar dan kecil), nombor dan simbol. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: