Program Kelas Tuisyen Dalam Talian Jom Studi Bersama PIK Sg Nibong
25 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 20 & 24 Januari 2021, iaitu pada hari Rabu dan Ahad yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah terlibat dalam Program Kelas Tuisyen Dalam Talian Jom Studi dengan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom. Program ini berlangsung di dalam talian dengan penglibatan daripada Ahli Pusat Internet yang berdaftar yang terdiri daripada adik-adik sekolah disekitar Batu Pahat.
Banyak input yang berguna yang dapat diberikan kepada adik-adik ini sewaktu kelas berlangsung. Kelas ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.Program ini merupakan tambahan silibus terbaru di pusat internet seiring dengan teknologi yang kita capai. Semoga dengan silibus baru ini, dapat mendekatkan lagi komuniti untuk terus bersama Pusat Internet Komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: