Klik Dengan Bijak : Maklumat Palsu
14 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 13 Jun 2021, iaitu pada Ahad yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu program atas talian iaitu Klik dengan Bijak: Maklumat Palsu. Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom. Maklumat palsu adalah maklumat yang disebarkan tanpa kesahihan serta bukti yang sah justeru boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif jika tidak dibendung penyebarannya. MCMC telah memperkenalkan portal dan aplikasi sebenarnya.my supaya orang ramai boleh menyemak kesahihan maklumat yang diterima serta melaporkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya. Kesimpulannya, gunakan penilaian anda dan banyakkan membaca yang sahih maklumatnya. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: