Klik Dengan Bijak : Cyber Grooming
16 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 15 Jun 2021, iaitu pada Selasa yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu program atas talian iaitu Klik dengan Bijak: Cyber Grooming. Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom. Cyber Grooming adalah pembentukan/didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mendengar kata-kata/suruhan pemangsa. Panduan “SMART” yang perlu diterapkan pada setiap kanak-kanak iaitu Safe, Meeting, Accepting, Reliable dan Tell bagi membendung permasalahan ini. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: