Klik dengan Bijak: Adakah anda agen maklumat palsu?
25 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 24 Mei 2021, iaitu pada Isnin yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu program atas talian iaitu Klik dengan Bijak: Adakah anda agen maklumat palsu?. Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom.
Penerangan ini bertujuan dengan keadaan semasa iaitu tentang maklumat palsu yang semakin berleluasa membuatkan orang ramai lebih mempercayai dan berkongsi maklumat yang palsu berbanding maklumat yang betul. Dengan itu, kita mestilah menggunakan penilaian yang bijak dengan memperbanyakkan bacaan daripada sumber yang dipercayai. Seterusnya membuat kesimpulan yang bijak berkenaan topik yang dibaca. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: