PDF : TOOLS dan Pen Portable Tablet
11 November 2021 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 10 November 2021, iaitu pada Rabu yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Sg Nibong telah membuat satu kelas atas talian iaitu tutorial cara menulis dan edit bagi fail PDF dengan menggunakan TOOLS dan pen portable tablet. Di sini mengambil contoh soalan SPM 2018 PDF. Program ini dijalankan atas talian menggunakan aplikasi streamyard dan kerjasama daripada Digi dan Nera Infocom.
Dengan norma baharu kini, semua ujian dan peperiksaan menggunakan dalam virtual dan dalam talian. Dengan adanya tutorial ini dapat memberikan beberapa tips mudah bagi menanda pemarkahan bagi peperiksaan yang dijalankan. Dengan itu, mudahlah kita untuk menghantar dokumen-dokumen rasmi dengan selamat. Program ini berlangsung dengan jayanya dan mengikuti SOP bagi mencegah wabak covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: