Briefing On PI Transformation Plan 2019
6 September 2019 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 5 September 2019 (Khamis) yang lalu, wakil dari Nera Infocom, Cik Mardziyah Wahab dan wakil dari Digi, En Samsudin Sujak telah turun padang ke Pusat Internet (PI) Parit Hj Salleh Ros bagi membincangkan tentang transformasi pusat internet pada masa akan datang. Dalam pertemuan tersebut, Pusat Internet Sg Nibong turut terlibat di dalam perbincagan yang diadakan. Antara yang terangkan adalah , tentang hala tuju dan matlamat pusat internet pada masa akan datagn. Banyak point- point penting yang dibentangkan oleh Cik Mardziyah sewatu perbincangan berlangsung.
Pertemuan kali ini membincangkan tentang hala tuju transformasi pusat internet itu sendiri. Antara usul-usul yang dibincangkan adalah, mengadakan lebih banyak program- program berbentuk masyarakat khususnya bersama dengan komuniti di setiap kawasan dan sentiasa update tentang program-program yang dijalankan bagi setiap kawasan. Majlis disudahi dengan jamuan makan dan bergambar kenangan. Kami dari Pusat Internet Sg Nibong Semerah berbesar hati dengan penglibatan semua kluster bagi menjayakan perjumpaan mesyuarat kluster kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: