Program Hari Terbuka Pusat Internet Sg Nibong
18 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 17hb Ogos 2019, telah berlangsung dengan jayanya Hari Terbuka PI Sungai Nibong. Program bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung adalah cabutan bertuah, permainan desa, Peraduan 3D Paint, tayangan video keselamatan internet, pemberian amal barangan pre-loved serta perkongsian tentang gejala online grooming.
Program mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti setempat, khususnya golongan remaja, wanita dan suri rumah. Seramai lebih kurang 200 orang telah menghadiri program ini. Program ini juga dilihat sebagai medium menyampaikan mesej-mesej penting berkaitan kempen keselamat internet dan juga gejala yang melibatkan penggunaan alatan telekomunikasi terutamanya telefon pintar kepada komuniti setempat. Dalam masa yang sama, ia dapat mengeratkan hubungan silatulrahim sesame komuniti. Semoga dengan penganjuran program ini, para pengunjung memperoleh ilmu dan pengalaman baru yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: