Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SK Parit No.5, Muar
21 March 2019 | Aktiviti TerkiniBatu Pahat, Johor – Pada 20 March 2019 (Rabu) yang lalu, Pusat Internet (PI) Sg Nibong telah menjalankan program Advokasi KDB bersama murid Sekolah Kebangsaan Parit No.5, Muar. Program ini turut disertai oleh wakil-wakil kluster daerah Batu Pahat. Advokasi Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Seramai 150 murid telah terlibat dibawah program ini. Kami dari Pusat Internet Sg Nibong Semerah berbesar hati dengan kehadiran peserta bagi menjayakan program seumpama ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: