Pelancaran Program Literasi ICT Wanita
7 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPelancaran Program Literasi ICT Wanita dilaksankan untuk menggalakkan penglibatan wanita khususnya kaum ibu dalam pembelajaran teknologi maklumat. Pelancar program ini turut dihadiri ketua kampung Sungai Nibong , Tuan Hj. Misnon bin Seri, ahli-ahli JKKKK Sungai Nibong serta ahli-ahli Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Sungai Nibong. Seramai lebih kurang 80 orang hadir menyertai pelancaran program ini. Para hadirin diberi penerangan tentang silibus pembelajaran, jadual kelas serta kepentingan pembelajaran ICT dalam kalangan wanita khususnya kaum ibu luar bandar. Kelas pertama telah dilaksanakan pada hari Sabtu 12hb Mei 2018 dan telah mendapat penyertaan yang memuaskan iaitu seramai sepuluh orang bermula dari usia 38 hingga 60 tahun.
Program Literasi ICT Wanita ini adalah program berpanjangan sepanjang tahun 2018. Kelas ICT khusus bagi kaum wanita ini dilaksanakan pada setiap hari Jumaat jam 9.00 hingga 10.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: