Klik Dengan Bijak @ Hari Terbuka PI Kampung Hj. Ghaffar
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2018, telah berlangsung program Klik Dengan Bijak (KDB) @ Hari Terbuka PI Kampung Hj. Ghaffar. Program berlangsung selama 45 minit dari jam 11.00 – 11.45 tengah hari. Seramai 200 peserta telah menyertai program ini. Program KDB@ Hari Terbuka PI Kampung Hj. Ghaffar bermatlamat menyampaikan mesej-mesej kesedaran tentang penularan maklumat palsu melalui kemudahan teknologi seperti media sosial dan aplikasi permesejan segera, gejala online grooming, berkongsi secara berlebihan di internet dan buli siber khususnya kepada komuniti Kampung Haji Ghaffar Yong Peng.
Program berlangsung dengan aktiviti perkongsian dan penerangan berkaitan kempen kesedaran penggunaan internet dengan bijak, tanyangan video dan sesi soal-jawab. Tahniah dan terima kasih buat semua para peserta dari Kampung Haji Ghaffar Yong Peng atas peyertaan anda dalam program KDB tahun ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: