Program Hari Terbuka Bersama Komuniti Sungai Nibong
23 December 2018 | Aktiviti TerkiniProgram pada 22/12/2018, iaitu pada hari sabtu, telah berlangsung majlis hari terbuka pusat internet sg nibong. seramai 232 orang telah datang mengunjungi PI Sungai Nibong bagi meraikan majlis hari terbuka. Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor di jalankan bagi tujuan mengeratkan silatulrahim sesama masyarakat Sungai Nibong dengan pusat internet. Selain itu, pusat internet juga berjaya menghimpunkan peniaga-peniaga di sekitar kampung dalam memperkenalkan produk mereka.
Berikut merupakan acara yang berlangsung sepanjang program berlangsung:
- Pameran Usahawan
- Jualan barangan preloved oleh JKKK Wanita Kg Sg Nibong
- Pertandingan Mewarna Digital (3D Paint)
- Puzzle Online
- Chess Online
- Teka Silang Kata KDB
- Search Word KDB & E-waste
- Cabutan Bertuah
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: