Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi PI (Penyediaan Bajet dan Pemasaran Digital)
05 March 2018 | Aktiviti TerkiniPada 3 hingga 4hb Mac 2018 telah berlangsung Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi PI anjuran Institut Perusahaan Kecil dan Sedehana Universiti Malaysia Kelantan. Program ini bertujuan memberi latihan dan kaedah menyediakan bajet pernigaan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel. Disamping itu, peserta turut mempelajari teknik pemasaran digital bagi beberapa platfom media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Program yang berlangsung selama 2 hari di Hotel Sani Kuala Lumpur telah disertai oleh Pengurus dan Pembantu Pengurus PI dibawah seliaan Nera Malaysia bagi kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Melalui program ini, para peserta memperoleh banyak ilmu berkenaan pengurusan perniagaan yang juga boleh dikongsikan bersama komuniti setempat. Semoga program sebegini akan terus dilaksakan pada masa hadapan agar dapat menjadi wadah memperkasa tenaga pengurusan PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: