Kelas Asas Lukisan Digital
16 September 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Lukisan Digital ini untuk memberi pengetahuan tentang manfaat kelas ini. Di sini pelajar akan di ajar asas lukisan digital secara percuma. Kanak-kanak boleh mengisi masa lapang mereka dengan masuk ke kelas ini daripada mereka membuat perkara tidak berfaedah. Kelas telah berlangsung pada 28hb September 2018 dari jam 10.00 hingga 12 tengahari di PI Sg. Nibong. Seramai 9 orang telah menyertai kelas ini.
Para pelajar diajar lebih kreatif untuk membuat sesuatu yang lebih menarik. Selain itu, mereka juga diajar menggunakan komputer untuk membuat lukisan mereka. Tenaga pengajar akan memberi tunjuk ajar cara-cara untuk melukis menggunakan komputer menggunakan aplikasi yang mudah.
Semoga ilmu yang diperoleh pada hari ini dapat diaplikasikan dalam aktiviti seharian oleh para pelajar. Boleh dipraktikkan dirumah.Belajar kelas asas lukisan digital ini memberi mereka pengalaman yang menarik masa cuti mereka.
Link: https://web.facebook.com/PI1MSgNibong/videos/540343103055056/?t=11