Usahawan Era Digital (eUsahawan)
26 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniProgram Usahawan Era Digital (eUsahawan) bersama tenaga pengajar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berlangsung pada 25hb Jun 2018 dari jam 9.00 hingga 4.30 petang di PI Sg. Nibong. Seramai 10 orang peserta telah menyertai program ini.
Para peserta diberikan latihan hands on melaksanakan perniagaan atas talian dan teknik pemasaran yang bersesuaian bagi platform perniagaan atas talian. Antara topik pembelajaran yang telah disampaikan ialah Pengenalan Program eUsahawan, Asas-asas perniagaan, Perniagaan Atas Talian; FB Page and Instagram for business, copywriting, Fb ads dan teknik mengambil gambar serta foto editing.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar Puan Azimah dan Cik Aisyah serta tahniah buat semua peserta. Semoga ilmu yang diperoleh pada hari ini dapat diaplikasikan dalam aktiviti perniagaan para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: