Program Kitar Semula e-Sisa dan e-Sisa Mudah Alih
30 April 2017 | Aktiviti Terkini
Tujuan:
1. Memberi penerangan dan pendedahan tentang e-Sisa dan e-Sisa Mudah Alih kepada penduduk Kampung Sungai Nibong. 2. Memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap risiko pelupusan e-Sisa yang tidak berhemah. 3. Menyediakan tong kitar semula di beberapa tempat tumpuan ramai di Kampung Sungai Nibong.
Kelebihan:
1. Menyampaikan mesej mengenai kepentingan mengitar semula e-sisa dengan berhemah serta menyediakan tong kitar semula yang memudahkan orang awam melupuskan e-sisa yang dimiliki.
Penglibatan:
1. Penduduk kampung Sungai Nibong.
2. Kedai Runcit Idan.
3. Kedai Alat Tulis (Simpang Kampung Sungai Nibong).
Aktiviti berkaitan:
1. Edaran risalah tentang e-Sisa.
2. Menyediakan tong kitar semula di 3 lokasi iaitu di Kedai Runcit Idan, Kedai Alat Tulis dan Pusat Internet Sungai Nibong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: